Dikaitkan dengan Khai Bahar oleh Peminat. Heboh apabila peminat kedua-dua penyanyi ini seperti merestui hubungan kedua-dua penyanyi popular Malaysia ini.
“Saya kesian kepada Khai sebab perlu dikaitkan dengan penyanyi yang berusia ini. Kami hanya rapat tidak perlu kalau sering mahu mengaitkan hubungan kami berdua…” – Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana juga mengakui bimbang jika timbul tanggapan negatif peminat apabila drama Aku Seorang Perempuan yang merupakan inspirasi kisah hidupnya mula bersiaran.
Bagi memastikan tidak timbul isu berbangkit, Siti Nordiana atau mesra digelar Nana berkata bahawa beliau banyak memberi panduan kepada pihak produksi agar paparan kisah tersebut tidak keterlaluan.
“Memang ada babak yang sedikit keterlaluan dan membuatkan saya sendiri agak risau…” – Nana
Bagaimanapun itu semua kreativiti pengarah dan seni. Takkan orang nak menonton cerita yang mendatar sahaja.
“Saya hanya boleh memberi nasihat supaya babak itu tidak memberi aura negatif. Biarlah ia sampaikan kisah positif untuk memberi inspirasi kepada penonton…” – Katanya
“Dalam novel pun saya tidak cerita secara terperinci. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi…” – Katanya lagi
Drama tersebut menampilkan pelakon Atikah Suhaime yang membawa watak Nana bernama Siti Nor Aisya.
“Saya percaya apabila watak ini dibawakan oleh pelakon lain ia menjadi lebih baik. Atikah ada kreativiti sendiri, saya ini seorang yang pendiam…” – Siti Nordiana
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Youtube
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply