Dua Tahun Ditinggal Tanpa Nafkah, Isteri Terjah Majlis Perkahwinan Kedua Suami

Dua Tahun Ditinggal Tanpa Nafkah, Isteri Terjah Majlis Perkahwinan Kedua Suami

 

Perkahwinan yang harmoni dan kekal sehingga akhir hayat semestinya idaman setiap individu. Namun, tidak semua yang beruntung memiliki hal tersebut. Banyak rumahtangga yang diuji dengan orang ketiga dalam perkahwinan. Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita telah bertindak menerjah perkahwinan kedua suaminya.

Menjumpai kad undangan pernikahan di Facebook.

Wanita tersebut tidak menyangka bahawa suaminya akan menikah lagi setelah dua tahun  menghilang dan tidak memberikan sebarang nafkah kepadanya dan anak-anak. Wanita tersebut mengetahui perkahwinan tersebut apabila rakan-rakannya menjumpai kad undangan perkahwinan suaminya di laman sosial Facebook. Namun, kad undangan perkahwinan tersebut cuma mempunyai tarikh resepsi dan tiada tarikh akad nikah. Kemungkinan,  suaminya sudah sah bernikah.

Keluarga suami berang melihat wanita itu marah

Wanita tersebut yang bernama Sisil berang dan pergi ke majlis tersebut untuk menyatakan kekecewaanya. Namun, keluarga suaminya berang melihat wanita itu sedang marah. Wanita tersebut nyaris ditumbuk dan diugut oleh keluarga suaminya. Mereka menyuruh wanita itu menyelesaikan perkara tersebut di pengadilan. Namun, rakan kepada Sisil tersebut memberitahu bahawa wanita itu berhak untuk marah kerana dia masih isteri yang sah.

Suami wanita itu bertindak ingin menceraikan wanita tersebut

Ekoran daripada kekecohan itu, suami wanita tersebut berkata akan menceraikannya. Wanita itu juga berkata, suaminya tidak pulang kerumah sejak dia melahirkan anak kedua. Bahkan dia ada menghubungi lelaki tersebut selepas bersalin untuk menyuruhnya mengazankan anak mereka yang baru lahir. Tetapi, suaminya enggan. Apa yang lebih mengejutkan, suami dengan isteri barunya juga sudah mempunyai anak yang sebaya dengan anak keduanya itu.

Kredit: Portal Tribun-medan.com

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*