Saban tahun, banyak inovasi produk bayi yang berjaya dihasilkan bagi tujuan memudahkan ibu bapa saat menguruskan anak-anak di rumah. Pun begitu, bukan semua produk yang viral itu bagus. Mahu senang sekalipun, jangan sampai merisikokan keselamatan anak kita.
Sesuai untuk bayi usia 3 bulan ke atas…Alat penyelamat ibu di rumah?
Baru-baru ini, sebuah produk berupa pemegang susu botol budak telah dipromosikan di segenap media sosial. Dengan harga sekitar RM50-RM70, para pengguna diyakinkan bahawa alat itu sangat membantu jika mereka sedang sibuk di rumah kerana tidak perlu pegangkan botol saat anak menyusu.
Bayi belum mampu mengawal pergerakan tubuh sendiri
Namun, Puan Nad Marom selaku seorang Kaunselor Laktasi Bertauliah memberikan peringatan supaya ibu bapa di luar sana tidak menggunakan produk ini tanpa sebarang pantauan. Jelasnya, seorang bayi belum mempunyai kemampuan pergerakan yang lengkap dan pastinya tidak boleh melakukan apa-apa andai berlaku situasi tersedak susu.
@nadmasromSay NO to this bottle holder ❌❌❌ Kalau rasa nak senang jadi mak, better jangan jadi mak. Walaupun dalam iklan dikatakan sesuai untuk bayi 3-4 bulan ke atas, tapi saya lihat usia bayi yang dalam gambar ni sekitar 2-3 bulan di mana kawalan tangan dan kepala masih lagi lemah. Risiko untuk bayi tersedak susu dan lemas. Fikir dulu sebelum beli. Nad Masron Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #jombelajar #learnontiktok #tiktokguru #penyusuansusuibu #penyusuan
Hasil post mortem tersedak susu…Anak pula beberapa tahun kahwin baru dapat
Rupanya, sudah ada satu kejadian di mana seorang bayi disahkan pergi selamanya akibat penggunaan produk tersebut. Saat mengalami tersedak susu, tiada sesiapa mengetahui hal tersebut kerana masing-masingnya sibuk dalam suasana raya. Akhirnya, pasangan suami isteri itu bercerai kerana mula menyalahkan sesama sendiri tentang pemergian anak mereka.
Kredit : Twitter Nadmasrom & TikTok Nadmasrom
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply